Memang betul PAS lebih layak pimpin PN - Puad

 


Ahli MKT UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi bersetuju dengan pandangan Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin bahawa partinya lebih layak memimpin Perikatan Nasional (PN).
Berikut adalah hantaran Facebook beliau, hari ini:
Betul cakap Hashim Jasin. PAS lebih layak memimpin PN. PAS asalnya mahu menggunakan Muhyiddin untuk memecahbelahkan UMNO dan PAS menjadi parti Melayu paling dominan.
Sekarang baru PAS sedar. Itu kerja sia-sia. Muhyiddin gagal untuk memecahbelahkan UMNO. Lagi lama guna Muhyiddin, PN kekal dengan gred F.
Lebih baik PAS ambil alih PN. PAS ada 4 negeri untuk melahirkan poster boy. Cuma 4 Menteri Besar sedia ada tidak menyerlah. Tidak ada “game changer” di 4 negeri berkenaan. PAS kena cari tokoh muda baru yang ada pakej untuk jadi poster boy.




Catat Ulasan

0 Ulasan