Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh mengingatkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming bahawa beliau tidak berhak mengugut wartawan yang bertanya soalan.
Menurut beliau, Kor Ming memang berhak memberi jawapan terhadap soalan yang ditanya.
"Tapi kamu tiada hak untuk mengugut dengan niat untuk menakutkan wartawan yang bertanyakan soalan.
"Itu yang orang persoalkan, bukan jawapan kamu!!
"Ingatkan bingai sahaja, tapi sombong juga. Bingai sombong!" katanya dalam hantaran Facebook hari ini.
Kelmarin, tular video yang disiarkan MalaysiaNow mengenai tindakan Kor Ming mempersoalkan tindakan seorang wartawan dari Utusan Malaysia yang bertanya mengapa nama 'I Lite U' digunakan untuk projek pencahayaan di Bukit Bintang sedangkan semuanya dalam bahasa Inggeris.
Kor Ming seolah-olah tidak berpuas hati dengan soalan tersebut dan meminta wartawan berkenaan tidak membesar-besarkan isu itu serta mengugut untuk menelefon editornya.

0 Ulasan