Pemimpin AMK memang keldai politik - Puad

 

Ahli MKT UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi menyifatkan seorang pemimpin AMK Wilayah Persekutuan seperti keldai politik berikutan tindakannya meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan pendirian terhadap isu pengampunan Datuk Seri Najib Razak.

Beliau percaya Anwar tidak akan bersetuju kerana tindakan itu akan menyebabkan DAP meletak jawatan dalam Kabinet dan kerajaan Madani tumbang sebelum PRU16.

"Pemimpin AMK itu menyatakan mereka berkorban sehingga digelar sebagai 'keldai politik pembangkang' kerana berdemonstrasi isu skandal 1MDB sehingga Najib ditangkap.

"Kamu memang keldai politik. Sebab itu kamu senyap apabila Anwar diberi pengampunan diraja. 

"Orang lain mohon pengampunan diraja kamu bantah pula. Pengampunan diraja adalah kuasa Yang di-Pertuan Agong. Jangan dwistandard dan hipokrit," katanya dalam hantaran Facebook pada 6 Mei 2026.

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan, Ketua AMK Wilayah Persekutuan, Asheeq Ali Sethi Alivi menggesa Anwar menyatakan pendirian dalam isu tersebut.

BACA LAGI






Catat Ulasan

0 Ulasan