Harga diesel melambung, teruk Rafizi kena troll

Sejak dari semalam, memang teruk pemimpin-pemimpin PH kena kecam ekoran kenaikan mendadak harga diesel RM3.35 seliter di Semenanjung Malaysia.

Antara yang menerima kecaman hebat ialah Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta anaknya Nurul Izzah dan sudah tentu, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.


Netizen pun tidak melepaskan peluang mengorek semula kenyataan-kenyataan para pemimpin PH yang berjanji harga minyak tidak akan dinaikkan apabila mereka berkuasa.

Ketika zaman BN dahulu, pemimpin-pemimpin PH terutamanya Rafizi yang paling lantang mengecam kerajaan apabila timbul ura-ura kenaikan harga minyak dan rasionalisasi subsidi.




Lagak mereka ketika itu seolah-olah hero rakyat nombor satu malah sanggup berguling atas jalan demi menyuarakan bantahan.


Tetapi kini semua itu tinggal menjadi kenangan setelah Anwar berjaya mencapai impiannya menjadi Perdana Menteri.

Apakah mereka tidak menghiraukan keluh-kesah rakyat yang bimbang harga barangan keperluan akan naik mendadak selepas ini?

Ketololan caitro-caitro upahan PH lebih menyakitkan hati apabila mereka menyogok rakyat dengan alasan-alasan tahap tadika untuk mewajarkan tindakan kerajaan Madani menaikkan harga diesel.

Pemimpin-pemimpin UMNO dalam kerajaan juga berdiam diri dalam isu ini walaupun mereka pernah berikrar tetap akan bangkit bersuara untuk membela rakyat.

Apa nak buat, ini juga yang rakyat mahukan apabila menolak Datuk Seri Najib Razak pada PRU14.

Sekarang hadaplah puas-puas akibat daripada perbuatan mereka yang tersalah pilih dahulu.

Catat Ulasan

0 Ulasan