Isu DLP: Puad Zarkashi sekolahkan Lim Guan Eng


Berikut adalah kenyataan penuh Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi semalam yang menempelak Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berhubung isu Program Dwibahasa (DLP) di sekolah:

Lim Guan Eng tuduh UMNO main politik mengenai arahan KPM agar diadakan satu kelas pengajaran sains dan matematik dalam Bahasa Melayu.

Isu berbangkit apabila Lembaga Sekolah dan PIBG SMJK di Pulau Pinang membantah. SMJK asalnya sekolah conforming. SMJK tertakluk kepada dasar pendidikan KPM.

Tidak wajar KPM dituduh memaksa. KPM melaksana dasar yang selari dengan dasar MBMMBI. SMJK kena terima. Mereka bukan Sekolah Persendirian Cina yang guna UEC. 

Sebenarnya DAP yang sering main politik isu sekolah vernakular. Mereka berdiam diri isu sekolah pedalaman, sekolah daif dan sekolah orang asli.

Alasan bantahan juga tidak masuk akal. Kononnya beri kesan buruk kepada pelajar yang sudah “lemah dalam Bahasa Melayu.”

Amat mustahil pelajar di SMJK tidak berdaya saing menguasai Bahasa Melayu. Mereka dibesarkan di persekitaran Bahasa Melayu sebagai bahasa lingua franca.

Patut mereka yang bantah malu pada Perdana Menteri Singapura. Dia belajar Bahasa Melayu sebelum dilantik. Ucapan sulongnya sebagai PM adalah dalam Bahasa Melayu. 

Justeru KPM mesti bertegas. Dasar MBMMBI tidak boleh dikompromi. Identiti kaum lain tidak akan terjejas kerana Bahasa Melayu.



Catat Ulasan

0 Ulasan