Muhyiddin kecewa PMX tak umum pakej komprehensif turun harga barang


Berikut adalah kenyataan penuh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung penurunan harga telur 3 sen sebiji dalam laman Facebook beliau, malam tadi:

Terima kasih lah Perdana Menteri kerana mengumumkan penurunan harga telur sebanyak 3 sen. 

Katanya ini sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengembalikan hasil penjimatan penyasaran subsidi diesel kepada rakyat.

Cuma yang naik harga selepas penarikan balik subsidi diesel bukan telur sahaja. 




Banyak lagi barang dan perkhidmatan yang naik harga. Ini termasuk tambang bas sekolah.

Jadi, saya jangkakan Perdana Menteri nak umumkan satu mekanisme komprehensif untuk menurunkan harga barang.

Mungkin satu pakej ekonomi dan bantuan rakyat bernilai RM4 bilion yang bersamaan dengan jumlah penjimatan perbelanjaan kerajaan hasil penyasaran subsidi.

Namun yang diumumkan hanyalah penurunan harga telur yang melibatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM100 juta sahaja.

Jangkaan saya meleset.

Catat Ulasan

0 Ulasan