Perlawanan pilihan UEFA EURO 2024 secara langsung dan percuma


Berita gembira untuk peminat bola sepak di Malaysia! 

SPOTV amat teruja untuk mengumumkan tawaran eksklusif sempena UEFA EURO 2024™ dengan menyediakan tiga perlawanan peringkat kumpulan langsung secara percuma di SPOTV NOW. 

Ini membolehkan peminat bola sepak untuk merasai keterujaan dan keseronokan aksi UEFA EURO 2024™ sama ada di rumah atau dalam perjalanan.

Jadual Perlawanan Percuma:

•          Khamis, 20 Jun, 9 malam: Slovenia lwn Serbia

•          Jumaat, 21 Jun, 9 malam: Slovakia lwn Ukraine

•          Sabtu, 22 Jun, 9 malam: Georgia lwn Republik Czech





Melalui aplikasi SPOTV NOW, peminat bola sepak boleh menonton kejohanan tersebut pada skrin besar di rumah atau pada peranti mudah alih. 

Tersedia di App Store dan Google Play Store, peminat bola sepak boleh memuat turun aplikasi SPOTV NOW pada peranti pilihan mereka, termasuk telefon mudah alih, tablet, Android TV atau strim perlawanan di www.spotvnow.com. 

Ini memastikan bahawa para peminat bola sepak boleh menyaksikan aksi hebat UEFA EURO 2024™ pada  bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.


 

 


Catat Ulasan

0 Ulasan