Apahal Lim Guan Eng cari pasal dengan Pemuda UMNO?

Lim Guan Eng nampak seperti serba tak keruan dalam isu tajaan syarikat arak di sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC).

Dia bukan sahaja mengaitkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dengan PAS, malah turut mencuit Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh.

Sebagai pemimpin muda sebuah parti yang membela Islam dan Melayu, Dr Akmal berhak bersuara dalam isu ini.

Guan Eng sepatutnya sedar bahawa bukan kanak-kanak Cina sahaja yang belajar di SJKC.

Kanak-kanak Melayu yang beragama Islam pun ada belajar di SJKC.

Begitu juga dengan guru-guru Melayu dan Islam yang mengajar di sana.

Apa hal pulak Guan Eng sentap sangat bila Dr Akmal bersuara?  

Adakah dia tertekan dengan kes mahkamah skandal banglo yang sedang dihadapinya sehingga menyebabkan dia mudah sentap dan meroyan tak tentu hala?

Guan Eng sepatutnya sedar dia sudah tak relevan lagi dalam arus politik negara yang menentang ideologi cauvinistik lapuk zaman bapanya.

Lebih baik Guan Eng duduk diam-diam dan fikir macam mana nak hadap kes skandal banglo murah di mahkamah.




Catat Ulasan

0 Ulasan