Cemas! Kereta plat Singapura terbakar di JB

 


Berikut adalah kenyataan media Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat berhuung insiden kereta terbakar itu:

Pada 08 Julai 2024 jam lebih kurang 2015HRS, Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan telah menerima satu (1) video yang telah tular di media sosial Facebook oleh penama "Sharon Wong". Video tersebut memaparkan kejadian sebuah kereta telah terbakar dan beberapa letupan kecil di bahagian hadapan kenderaan tersebut di laluan kereta keluar Malaysia-Singapura.

(https://www.facebook.com/share/v/nkzdoyDDsagawP9f/?mibextid=TrneLp)

Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan melaporkan, kejadian tersebut telah berlaku pada 08 Julai 2024 (Isnin), sekitar jam lebih kurang 2005HRS. Kejadian berlaku apabila sebuah kereta terbakar dan beberapa letupan kecil berlaku di bahagian hadapan kenderaan di kawasan laluan kereta Bangunan Sultan Iskandar (BSI). 

Seorang anggota trafik Balai Polis Bangunan Sultan Iskandar (BSI) yang sedang membuat rondaan berkala di laluan motosikal Malaysia-Singapura mendapati asap tebal dan segera bergegas ke lokasi kejadian. 



Kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya oleh anggota dan penjawat awam yang bertugas berhampiran lokasi pada jam lebih kurang 2035HRS. Pihak bomba tiba di lokasi pada jam lebih kurang 2045HRS. Pemandu dan penumpang motokar, yang merupakan suami isteri, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Orang ramai diingatkan sentiasa berhati-hati dan menyelenggara setiap kenderaan yang digunakan untuk tujuan keselamatan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi terus di talian hotline IPD Johor Bahru Selatan 07-2182323.




Catat Ulasan

0 Ulasan