Kasihan Annuar Musa tak dicalon PRK Nenggiri - Puad


Ahli MKT UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi bersimpati dengan Pengerusi MN, Tan Sri Annuar Musa kerana namanya tidak terpilih sebagai calon PN bagi PRK DUN Nenggiri.

Menurut beliau, ia adalah kerana kerusi tersebut milik Bersatu sedangkan Annuar ialah ahli Pas.

Mohd Puad berkata, pada masa yang sama, kerusi Parlimen Gua Musa tidak diisytiharkan kosong.

Beliau memberitahu, sebelum ini Annuar membayangkan calon PN pada PRK DUN Nenggiri ada gaya, pengalaman, matang dan baik segalanya.

"Mungkin mesej Annuar adalah pakej itu ada padanya.

"Tetapi Annuar bukan calon. Semasa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob jadi Perdana Menteri dia tolak usul PAT UMNO cepatkan PRU. Sekarang dia mesti mahu PRU cepat," katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Mohd Puad juga bersimpati dengan Annuar yang terpaksa menunggu empat tahun lagi untuk bertanding pada PRU16.

"Lama sangat. Rugi lompat parti di umur senja kerana tidak ada istilah taubat politik kecuali taubat nasuha," ujarnya.



Catat Ulasan

0 Ulasan