Kenapa Zahid pula sibuk-sibuk jawab isu tajaan Tiger Beer?

Penjelasan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung isu tajaan Tiger Beer di sebuah SJKC membolehkan rakyat menarik nafas lega.

Rupa-rupanya sumbangan itu adalah untuk tajaan konsert amal anjuran PIBG dan Lembaga Pengelola Sekolah (LPS).

Tetapi kenapa pula pada replika cek pada gambar yang tular ditulis pula nama SJKC berkenaan, bukannya PIBG atau LPS?

Persoalan paling besar sekali: Mengapa pula Zahid yang beri penjelasan?

Sepatutnya Tiger Beer yang beri penjelasan dari awal lagi kerana sumbangan itu adalah daripada mereka.

Satu lagi, sejak bila Zahid jadi Menteri Pendidikan?

Jurucakap kerajaan merangkap Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil sudah cakap awal-awal Fadhlina Sidek akan menjawab isu kontroversi ini selepas mesyuarat Kabinet Rabu lepas.

Selepas dua hari berlalu, baru ada kenyataan daripada Kementerian Pendidikan, itu pun tidak memetik nama Fadhlina.

Kalau Fadhlina jawab awal-awal, takdelah Zahid merapu bila ditanya media tentang isu ini.







,

Catat Ulasan

0 Ulasan