Puad cabar PAS letak calon PRK DUN Nenggiri


Ahli MKT UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mencabar PAS meletakkan calonnya pada PRK DUN Nenggiri.

Beliau berkata, calon Bersatu mungkin akan buat hal lagi seperti bekas ADUN Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim.

Malah, Mohd Puad berpandangan, PAS wajar mendenda Bersatu kerana tindakan Mohd Azizi menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"PAS patut tuntut ganti rugi dengan minta kerusi DUN NEnggiri. 

"Apa lagi Azizi masih kekal Ahli Parlimen Gua Musang yang menang atas tiket PAS," katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Beliau menambah, sebelum ini semua PRK dimenangi oleh parti penyandang atau status quo. 

"Maka biar Nenggiri medan beradu kekuatan siapa rampas kerusi siapa antara PAS dengan UMNO," jelasnya.



Catat Ulasan

0 Ulasan