Syed Saddiq nafi menipu untuk naik podium kejohanan triatlon

Gambar: Facebook Syed Saddiq

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerima kecaman yang hebat setelah seorang netizen mempersoalkan kejayaannya meraih tempat ketiga dalam Kejohanan Triatlon Desaru 113 baru-baru ini.

Netizen terbabit mendakwa tidak masuk akal Syed Saddiq dapat menamatkan acara berbasikal dalam masa dua jam 37 minit.

Ia adalah kerana Syed Saddiq mengambil masa tiga jam 31 minit melengkapkan acara berbasikal ketika menyertai perlumbaan Ironman Mei lalu.

“Pelumba terpantas dari Sepanyol melakukan (acara berbasikal) dalam tempoh dua jam 31 minit. Adakah anda sepantas itu?” tanya netizen berkenaan.


Walau bagaimanapun, Syed Saddiq mengakui berlaku 'kesilapan yang tidak disengajakan' dalam masa yang dicatatkan jam tangan pintarnya.

Berikut adalah terjemahan dalam bahasa Melayu bagi penjelasan beliau yang disiarkan melalui Instagram Reels hari ini:

Hello kawan-kawan,

Saya ada kemas kini terbaharu dam data seperti yang diminta, ini adalah pecahan paling terperinci setiap pusingan di setiap checkpoint yang baru sahaja saya terima dari pasukan teknikal.

Selepas merujuk ini dengan data jam tangan pintar saya, jelas terdapat kesilapan.

Dan saya mengambil tanggungjawab penuh untuk itu.

Ini adalah kesilapan yang tidak disengajakan di pihak saya.

Walaupun telah menyemak masalah ini semasa perlumbaan dan memaklumkan kepada pasukan teknikal, sebagai peserta saya sepatutnya lebih bertanggungjawab.

Saya memohon maaf tanpa syarat kepada komuniti triatlon.

Ya, saya adalah orang baharu dan saya berharap untuk memperbaiki diri. Selepas berbincang dengan penganjur dan wakil teknikal, adalah yang terbaik jika status saya adalah DNF (tidak menamatkan acara).



Mereka juga mengakui bahawa ini adalah kesilapan yang tidak disengajakan.

Saya berjanji untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang dan akan bekerja rapat dengan komuniti untuk belajar dan menjadi lebih baik kerana ini adalah sukan yang saya sangat cintai. 

Imbas kod QR untuk menonton video tersebut:








Catat Ulasan

0 Ulasan