Poster ceramah isu kes mahkamah Muhyiddin palsu - PAS

 


PAS menafikan poster palsu yang tular dalam media sosial mengenai program ceramah berkaitan isu pendakwaan terhadap Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Masjid Kampung Temin, Jerantut malam ini.

Penafian itu dibuat oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Tangan-tangan tidak bertanggungjawab yang ingin memburukkan PAS dengan institusi masjid di Pahang. 

"Saya tegaskan bahawa tiada penganjuran program tersebut. Ia bukan dibuat oleh AJK Lajnah Dakwah PAS Pusat mahupun PAS Pahang. PALSU!" tegasnya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Dalam poster tersebut, kelihatan gambar Tuan Ibrahim dan Yang Dipertuan PAS Kawasan Kuala Krau sebagai penceramah.

Kelmarin, Muhyiddin didakwa di Mahkamah Sesyen Gua Musang atas tuduhan mengeluarkan perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri pada 14 Ogos lalu.


Jiwa Merdeka



Catat Ulasan

0 Ulasan