Khairuddin cabar Fahmi debat secara live

 


Ahli Dewan Tertinggi MN, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mencabar Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil untuk berdebat secara langsung bagi membuat perbandingan zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau bersedia untuk berdebat dengan Fahmi pada bila-bila masa.

"Cuma syarat mestilah di stesen televisyen yang disiarkan secara terus menerus agar kedua pihak tidak boleh putar belitkan fakta.

"Biar seluruh rakyat Malaysia mengikuti perdebatan ini secara siaran langsung," katanya dalam kenyataan media, malam ini. 

Terdahulu, dalam sidang media hari ini, Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, pentadbiran kerajaan sekarang jauh lebih baik berbanding zaman pentadbiran Dr Mahathir dahulu.

Khairuddin menambah, beliau cuma meminta diberi masa dua jam untuk berdebat secara langsung agar boleh bercakap secara panjang lebar bagi membandingkan mutu kepimpinan di antara Dr Mahathir dan Anwar.

Beliau secara jujur dan ikhlas dan dengan penuh rendah diri ingin menasihati Fahmi agar jangan terlalu angkuh.

"Satu hari nanti khususnya pada PRU16 saya rasa kerajaan Madani dan Pakatan Harapan akan tewas teruk.

"Kini pun, mereka kalah dalam PRU15 tetapi hanya mampu tubuh kerajaan secara gabungan dengan parti-parti lain saja," jelasnya.

Jiwa Merdeka




Catat Ulasan

0 Ulasan