Harap AMK jangan kelentong rakyat lagi - Lim Sian See

 


Pengarah Komunikasi AMK, Muhammad Haziq Asfar mengitar semula alasan lapuk kononnya Kerajaan Madani tidak dapat memansuhkan hutang PTPTN berikutan terpaksa membayar hutang 1MDB.

Walau bagaimanapun, kenyataan setengah masak itu dibidas oleh penganalisis politik, Lim Sian See dalam hantaran Facebook, hari ini:

AMK PKR guna hutang 1MDB sebagai alasan mereka tidak mampu hapuskan hutang PTPTN seperti pernah dijanji mereka.

Kononnya Rakyat yang perlu bayar hutang 1MDB sebanyak RM39.74 bilion.

Seperti yang saya telah jelaskan dengan berdasarkan laporan Ketua Audit Negara 2023 dan selepas mengambil kira dana penyelesaian 1MDB yang sudah dan akan diterima kerajaan serta aset-aset tertinggal 1MDB, negara dan Rakyat sebenarnya UNTUNG BESAR dari 1MDB bukan rugi.

Perkara ini pun tidak boleh dinafi oleh Menteri Ekonomi korang ketika podcast. Saya letak link bagi penjelasan saya dalam ruang komen.

(Biarpun itu, apakah RM39.74 bilion itu berbanding jumlah hutang langsung negara yang dirancang naik RM258.9 bilion dalam tempoh 3 tahun pertama Madani?)

AMK juga patut tahu bahawa tiada satu sen pun dalam belanjawan 2025 akan digunakan untuk bayar hutang atau faedah 1MDB.

Sebab jumlah liabiliti hutang 1MDB bagi tahun 2025 ialah sebanyak RM287.50 juta sebagai faedah tahunan bagi sukuk RM5 bilion yang hanya matang pada tahun 2038.

Namun baki akaun Amanah 1MDB setakat akhir September 2024 seperti diumum MK2 minggu lepas adalah RM3.04 bilion - iaitu melebihi keperluan pembayaran faedah tahunan sebanyak RM287.50 juta.

Walaupun baki RM3.04 bilion ini masih kurang dari baki hutang 1MDB sebanyak RM5 billion tetapi setelah dana-dana penyelesaian lain seperti diumum kerajaan setakat ini masuk ke akaun AAMKA maka baki AAMKA dijanka naik ke RM8.118 bilion - belum masuk lagi lain-lain penyelesaian 1MDB yang masih berjalan.

Pulangan faedah tahunan dari dana AAMKA RM8.118 bilion ini adalah lebih tinggi dari kos faedah tahunan bagi baki hutang 1MDB RM5 bilion - bermakna kerajaan tidak perlu lagi membuat apa-apa peruntuan untuk membayar hurang atau faedah 1MDB dalam belanjawan 2025 ini atau mana-mana belanjawan pada masa depan.

Harap AMK jangan kelentong rakyat lagi. Jika tak puas hati, mari debat dengan saya berhubung hutang 1MDB.


JIWA MERDEKA


Catat Ulasan

0 Ulasan