PAS tidak melatah atau tersungkur - Abdul Hadi

 


Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu tidak melatah atau tersungkur oleh pihak yang cuba memesongkan perjalanannya.

Menurut beliau, ditetapkan dalam Perlembagaan PAS bahawa rujukan tertinggi ialah kitab Allah (al-Quran), sunnah, ijmak, dan qias yang nyata. 

"Majlis Syura Ulama pula dilantik bagi memelihara segala perjalanan dan tindakannya, termasuk memilih cara damai yang wujud dalam sistem demokrasi yang terkawal dengan konsep Islam yang tertinggi. 

"Perkara ini menjadikan PAS tidak melatah atau tersungkur oleh pihak yang cuba memesongkan perjalanannya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Abdul Hadi turut mengingatkan tentang dua gejala atau dua keadaan yang menjadi gangguan dan merosakkan perjalanan umat untuk kembali semula kepada Islam.

Pertama, kata beliau, pendekatan liberal kerana terpengaruh oleh kemajuan kebendaan Barat yang berfahaman liberal sekularisme.

Kedua, katanya, pendekatan ekstrem (melampau) kerana sayang akan agama, namun tanpa bertafaqquh (membina kefahaman dengan ilmunya).

"Umat Islam ditugaskan menjadi model atau contoh teladan yang dapat dilihat di tengah-tengah masyarakat manusia dalam pelaksanaan petunjuk Allah kepada makhluk yang tidak sama dengan malaikat yang bersifat rohani yang bersih rohnya tanpa nafsu kebinatangan. 

"Demikian juga, tidak sama dengan binatang yang tidak berakal dan bernafsu serta berlainan dengan jamadat (makhluk yang tidak mampu bergerak) seperti batu-batan, kayu-kayan, gunung-ganang, dan bukit bukau," jelasnya.


JIWA MERDEKA

TAWARAN HEBAT!!!





Catat Ulasan

0 Ulasan