Tidak mustahil Kerajaan Perpaduan menang besar PRU16

 



Ahli MKT UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, tidak mustahil Kerajaan Perpaduan menang besar pada PRU16 jika memontem PRK DUN Mahkota kekal dan terus diperbaiki.

Beliau berkata, PRU16 adalah ujian bagi menentukan Kerajaan Perpaduan akan kekal atau hanya mampu bertahan sepenggal.

Mohd Puad berkata, kuncinya adalah kepercayaan dan melibatkan pembahagian kerusi, persefahaman jentera dan manifesto. 

"Apatah lagi jika tempoh hingga bulan Disember 2027 tidak dipersia-siakan. 

"Menteri dan kerajaan mesti buktikan kepada rakyat mereka berprestasi tinggi. Tidak ada formula karut dan jadi bahan jenaka.  

"Bagi UMNO, isu Datuk Seri Najib Razak tetap isu utama," katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Baru-baru ini, Timbalan Setiausaha Agung DAP, Liew Chin Tong berkata, PRU16 adalah medan sebenar untuk Kerajaan Perpaduan.


JIWA MERDEKA 

Catat Ulasan

0 Ulasan