PDRM digesa siasat Harith Iskander, Cecelia Yap Song KL

 


Berikut adalah kenyataan Exco Armada, Wan Meor Safwat Naqiuddin Shamsudin hari ini:

ARMADA BERSATU Malaysia merujuk kepada media sosial 𝘍𝘢𝘤𝘦𝘣𝘰𝘰𝘬 pengguna bernama ‘Din Kapak Abdullah’ yang telah memuatnaik satu hantaran tangkap layar yang memaparkan komen pengguna bernama ‘Cecilia Yap Song KL’, “𝘈𝘭𝘭 𝘯𝘢𝘮𝘦𝘴 𝘸𝘪𝘵𝘩 𝘔𝘰𝘏𝘈𝘔𝘮𝘢𝘥…𝘨𝘰𝘵 𝘵𝘰 𝘣𝘦 𝘳𝘦𝘯𝘢𝘮𝘦𝘥 𝘵𝘩𝘦𝘯.” dibawah hantaran umum pengguna bernama ‘Harith Iskander’.

Kedua-dua hantaran dan komentar merujuk kepada isu penggunaan terma 𝘩𝘢𝘮 dalam makanan berlabel halal yang sedang tular dan hangat diperkatakan. Namun, komentar oleh ‘Cecilia Yap Song KL’ yang mengaitkan nama junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ dengan terma 𝘩𝘢𝘮 (makanan berasaskan babi) adalah tindakan bersifat menghina agama Islam dan melampaui batas amalan hak kebebasan bersuara. Puluhan laporan polis terhadap perkara ini dipercayai telah dilakukan oleh pelbagai pihak diseluruh negara.

Harus diingatkan bahawa agama Islam adalah agama yang terpelihara dan termaktub dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. Maka, ia perlu dipelihara oleh seluruh rakyat Malaysia dengan menjauhi tindakan menghina atau mempersendakannya.

Sehubungan itu, ARMADA BERSATU Malaysia mendesak agar pihak PDRM membuka kertas siasatan dan bertindak tegas terhadap kedua-dua pengguna 𝘍𝘢𝘤𝘦𝘣𝘰𝘰𝘬 ‘Harith Iskander’ dan ‘Cecilia Yap Song KL’ dibawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi & Multimedia 1998. Perkembangan siasatan perlulah dihebahkan kepada umum atas sebab isu ini adalah bersifat kepentingan awam dan perlu disegerakan tindakan demi memelihara keharmonian Masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

BACA LAGI








Catat Ulasan

0 Ulasan