Berikut adalah kenyataan media Ketua DAPSY, Woo Kah Leong hari ini:
Sebagai ketua pemuda parti politik arus utama dan juga seorang yang berpendidikan (sepatutnya), wajar untuk mengangkat martabat institusi pertubuhan yang ditunjanginya.
Namun “persembahan” utamanya adalah untuk menyerang rakan-rakan dalam kerajaan perpaduan dan pada masa yang sama berlembut sangat kepada parti hijau.
Daripada menyerang menteri kerajaan perpaduan, patutnya semak sama ada diri sendirinya juga kelihatan jahil di mata orang lain.
Bila menuding jari kepada orang lain, empat jari sebenarnya balik ke anda sendiri.
Dalam teori linguistik, terdapat konsep “semantic broadening” yang merujuk kepada makna perkataan diperluaskan atau menjadi lebih inklusif dari semasa ke semasa disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk budaya, sejarah, perubahan sosial dan sebagainya.
Makna sesuatu perkataan yang asalnya spesifik sentiasa berubah dan diguna pakai dalam konteks yang lebih luas.
Oleh itu, makna perkataan “ham” juga diperluaskan dan kini sering dirujuk kepada pelbagai jenis ham seperti Chicken Ham, Turkey Ham dan Beef Ham.
Untuk konteks Malaysia yang majoritinya Islam, lumrahnya peniaga tidak akan berani untuk mencabar sensitiviti sedemikian demi tidak menatijahkan penutupan kedainya dan hanya akan menjual ham yang bukan merupakan daging babi.
Sama ada peniaga yang menjual ham (ayam, lembu dan sebagainya) mempunyai sijil Halal yang sah, itu cerita lain.
Kalau nak mempopularkan diri & mempertikaikan orang lain dengan isu ham, kelihatannya rendah sangat piawaian seorang Ketua Pemuda yang begitu cetek dengan cara berpolitik sedemikian.
Peredaran zaman menyaksikan kemajuan dalam pelbagai perihal, namun tetap ada yang seumpama tinggal dalam zaman paleolitik, malu sangat dengan orang yang ada gelaran Doktor tetapi masih tidak maju dari segi minda seperti puak ekstremis PN, sama ada berpura-pura bodoh atau betul-betul bebal.
Check out Minyak Urut Ginseng Warisan for RM49.00. Get it on Shopee now! https://s.shopee.com.my/9A91beBwBi?share_channel_code=1 |
0 Ulasan