Tun Mahathir dijadikan 'lalat' oleh kumpulan Muhyiddin

 

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dijadikan ‘lalat’ oleh kumpulan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas beliau disingkirkan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).  

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi berkata, Dr. Mahathir diusir selepas dituduh menjadikan Bersatu sebagai ‘lalat’ kepada DAP sehingga menyebabkan kekalahan teruk dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.  

"Dia cuba membunuh UMNO dan menggantikannya dengan Bersatu. Namun, akhirnya dia sendiri yang diterajang keluar.  

"Selepas itu, dia terpaksa terbang ke sana ke mari seperti lalat, mencari tempat baharu dalam politik," katanya dalam hantaran Facebook hari ini.  

Mohd. Puad mengulas kenyataan Dr. Mahathir yang menyamakan UMNO dengan lalat dalam kerajaan, namun menegaskan bahawa parti itu tidak terkesan dengan dakwaan tersebut.  

Menurutnya, UMNO telah membuktikan kekuatan dalam PRK DUN Nenggiri dan DUN Mahkota.  

"UMNO bukan lalat, sebaliknya ular berbisa yang masih mempunyai sengatan politik," katanya.


BACA LAGI




Check out 杀虫剂Insect Repellent Spray Serangga Lipas Ubat Lipas Insect Killer Semut Kamitetep Home Insecticide Cockroach Fly Killer for RM13.50 - RM67.50. Get it on Shopee now! https://s.shopee.com.my/8zpwADxkpw?share_channel_code=1 




Catat Ulasan

0 Ulasan