Universiti Malaya (UM) telah menutup secara serta-merta dua premis jualan runcit 24 jam berikutan dakwaan berkenaan penemuan produk pek sandwich yang memaparkan label “sandwich ham & cheese”.
Menurut universiti berkenaan, langkah itu juga diambil ekoran keraguan terhadap penggunaan logo halal bagi produk tersebut yang didapati di gedung berkenaan.
UM berkata, arahan penutupan tersebut dikeluarkan bagi memberi ruang agar siasatan yang dilaksanakan untuk mengesahkan dakwaan tersebut tidak terganggu.
"Premis berkenaan akan ditutup sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
"UM sentiasa memastikan bahawa produk yang terjual dalam kampus adalah daripada pembekal yang mematuhi undang-undang, piawaian, peraturan dan prosedur yang dikenakan," katanya dalam kenyataan media semalam.
Check out Minyak Terapi Saraf Afya Bidara | 30ml for RM29.90. Get it on Shopee now! https://s.shopee.com.my/4AkDXFfwYL?share_channel_code=1 |
0 Ulasan