Berikut adalah kenyataan bersama Naib Pengerusi DAP, Syaredzan Johan dan Penolong Setiausaha DAP, Young Syefura Othman hari ini:
Semalam, ADUN Kuala Sentul, Pahang, Datuk Jasri Jamaludin daripada Perikatan Nasional (PN) telah memuat naik status yang mengandungi kata-kata yang memfitnah kami di laman Facebook beliau.
ADUN tersebut tersebut antara lain, mengatakan bahawa kami sanggup menjadi “sukarelawan untuk jadi pembelot bangsa”, serta kata-kata lain yang memfitnah kami.
Kami memandang serius perkara ini, kerana sebelum ini kami sentiasa difitnah oleh pengikut PN di alam maya. Kami tidak sangka perangai ini dicerminkan juga oleh pemimpin mereka seperti ADUN ini.
Kami juga berasa amat kecewa kerana seorang wakil rakyat beragama Islam seperti ADUN Pahang ini sanggup memfitnah kami sejurus berakhirnya bulan Syawal.
Kami akan mendapatkan nasihat peguam dan memulakan tindakan undang-undang terhadap beliau.
Kami juga ingin menasihati semua wakil rakyat dan pemimpin PN untuk berhati-hati dalam tutur kata mereka. Jangan lupa bahawa sebelum ini, pemimpin-pemimpin PN telah diarahkan membayar pampasan disebabkan mahkamah mendapati mereka telah memfitnah.

0 Ulasan