SKMM siasat Kwong Wah Yit Poh isu Jalur Gemilang tanpa bulan sabit

 


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memanggil pihak media Kwong Wah Yit Poh berhubung laporan berkaitan gambar bendera Malaysia tidak lengkap sifatnya yang dimuat naik di akaun Facebook rasmi organisasi media tersebut semalam.

Menurut SKMM, siasatan terhadap kes berkenaan sedang dijalankan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), khususnya Seksyen 233 memandangkan kesalahan adalah melibatkan kandungan yang dimuat naik secara dalam talian.

"SKMM memandang serius perkara tersebut dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjalankan siasatan lanjut terhadap isu berkenaan, sekiranya perlu dan berkaitan.

"SKMM memberi amaran tegas kepada semua pihak, sama ada organisasi media mahupun orang awam, agar tidak memuat naik atau menyebarkan kandungan yang bersifat mempersendakan atau menampilkan bendera Malaysia dalam keadaan tidak lengkap sifatnya," katanya dalam kenyataan media, semalam.

SKMM berkata, tindakan tegas boleh diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan ini. 

"SKMM komited untuk memastikan penggunaan media digital di Malaysia kekal tertib dan menghormati simbol-simbol kebangsaan," jelasnya.


BACA LAGI


MENARIK



Catat Ulasan

0 Ulasan