Ronnie Liu jangan malas kaji sejarah Tanah Melayu - Akmal

 


Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh menempelak veteran DAP, Ronnie Liu kerana mendakwa Tanah Melayu hanya wujud beberapa tahun sebelum merdeka.

Beliau menyifatkan Ronnie sebagai seorang yang malas membaca dan mengkaji sejarah.

"Saya sertakan link dari sumber yang boleh dipercayai untuk menunjukkan bahawa kerajaan kesultanan Melayu Melaka telah diasaskan sejak dari tahun 1400 dan Portugis telah menjajah Melaka pada 1511.

"Maknanya pada 1400 telah wujudnya kerajaan kesultanan Melayu Melaka," katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Dr. Akmal mempersoalkan kesahihan peta kurun ke-17 yang ditunjukkan Ronnie melalui sumber WhatsApp.

"Mana mungkin map itu benar jika sejarah telah membuktikan kesultanan Melayu Melaka telah wujud sebelum lagi kurun ke-17?

"Sebab itu jangan hanya baca WhatsApp yang tak tahu kesahihannya dan saya nak beritahu bahawa gugusan pulau termasuk Semenanjung Tanah Melayu yang dikenali dulu sebagai Malay Archipelago bukan Bar Chin (Tanah China)," jelasnya.

Beliau menasihatkan mereka yang mempercayai dakwaan Ronnie itu agar membuat kajian.

"Ronnie, lain kali baca buku sejarah dan faham betul-betul, bukan hanya buka WhatsApp dan percaya bulat-bulat.

"Ataupun kalau tak pandai membaca, saya boleh buat kelas membaca untuk kamu. Baca, faham dan hadam!!!" tegasnya.

BACA LAGI




Catat Ulasan

0 Ulasan