Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh meminta pemimpin PAN, Khalid Abdul Samad menjelaskan sama ada tindakan mempertahankan maruah Jalur Gemilang dianggap rasis.
"Adakah pertahankan Jalur Gemilang kini dianggap rasis?" soalnya dalam hantaran Facebook hari ini.
Terdahulu, Khalid dalam kenyataannya meminta Dr. Akmal keluar dari bawah tempurung perkauman.
Katanya, tindakan itu hanya mengalihkan perhatian rakyat daripada usaha sebenar yang diperlukan untuk membawa Malaysia ke hadapan.
Dr. Akmal meminta Khalid menyemak kenyataan dan video beliau mengenai Jalur Gemilang.
"Tiada satu perkataan perkauman yang dikeluarkan," jelasnya.
Malah, beliau berkata, himpunan yang diadakan minggu lepas turut dihadiri oleh pelbagai bangsa untuk menyatakan solidariti bersama.
"Tetapi ada sekelompok parti politik yang pertahankan orang yang sengaja mengibarkan jalur gemilang secara terbalik dan siap merakamnya adakah itu tidak dianggap rasis oleh kamu??
"Tidak mengapa, saya faham sebab kena back up abg besar ya," katanya.
0 Ulasan