Rafizi bersedia jumpa Farhash di mahkamah

 

Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mengesahkan menerima surat tuntutan daripada firma guaman Tetuan Ahmad Deniel, Ruben & Co yang mewakili bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.

Rafizi berkata, surat bertarikh 22 Ogos itu berbentuk arahan henti dan usah ulang (cease and desist) yang menuntut beliau berhenti mengeluarkan kenyataan serta membuat permohonan maaf berhubung dakwaan membabitkan Farhash.

“Surat ‘cease dan desist’ itu membuat tuntutan supaya saya berhenti mengeluarkan kenyataan dan meminta maaf, berhubung satu kenyataan saya yang mengesahkan pemberi maklumat adalah berkaitan urusniaga syarikat yang berkaitan beliau.

“Kenyataan saya itu adalah satu penyataan fakta. Oleh itu, saya bersedia mempertahankan fakta-fakta tersebut di mahkamah,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Rafizi memaklumkan beliau menyerahkan perkara itu kepada peguamnya, Razlan Hadri Zulkifli daripada Tetuan Gan, Ho & Razlan Hadri untuk tindakan lanjut.

Beliau berpendapat, sekiranya Farhash memfailkan saman di mahkamah, kes berkenaan akan menjadi isu berkepentingan awam.

“Peguam-peguam saya berpeluang menanyakan soalan-soalan yang ditimbulkan oleh pelbagai pihak selama ini,” katanya.

BACA LAGI 



Catat Ulasan

0 Ulasan