"Tidak akan berganjak walau seinci!!!"
Demikian tegas Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh bagi menjawab kecaman daripada pemimpin-pemimpin DAP yang kurang cerdik.
Menurut beliau, tindakannya mempertahankan maruah Jalur Gemilang adalah demi agama, bangsa dan tanah air serta tanggungjawab semua pihak.
Katanya lagi, memang mudah untuk bercakap tetapi sukar untuk dilaksanakan.
“Akhir zaman orang benar dipandang salah, orang salah dipuja,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.
Malam tadi, Dr. Akmal dipanggil memberi keterangan di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur berhubung perhimpunan bagi mempertahankan maruah Jalur Gemilang anjuran Pemuda UMNO di Kepala Batas, Pulau Pinang kelmarin.
Beberapa pemimpin DAPSY yang sel-sel otak mereka tidak berhubung mendesak agar DAP memutuskan hubungan dengan Dr. Akmal.
Memang 'bijak' sungguh mereka kerana tindakan itu akan menjejaskan hubungan UMNO dengan Kerajaan Perpaduan.
Beliau menambah, Pemuda UMNO berjuang bukan soal untuk meraih sokongan politik dan ganjaran apatah lagi untuk meraih nama.
"Kami perjuangkan atas sebab tanggungjawab," jelasnya.
0 Ulasan