Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr. Marzuki Mohamad mengungkit dana pilihan raya yang disumbangkan oleh Perikatan Nasional (PN) kepada PAS pada PRU15.
Menurut beliau, semasa PRU15 PAS tidak menghadapi masalah besar berhubung perbelanjaan pilihan raya.
Menurut beliau, apabila PAS bertanding menggunakan logo PN, semua peralatan pilihan raya yang menggunakan logo PN disediakan oleh PN.
"Perbelanjaan PN pula semuanya ditanggung oleh Bersatu. Malah Bersatu juga memberikan sumbangan kewangan yang bukan sedikit kepada PAS.
"Hasilnya, PAS menang 43 kerusi Parlimen, iaitu jumlah yang terbesar dalam sejarah PAS sejak 70 tahun berada di persada politik Malaysia.
"Ini hakikat bantuan peralatan dan kewangan yang diberikan oleh Bersatu kepada PAS yang saya percaya Sanusi sendiri tahu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menyindir parti rakan dalam PN yang bergantung kepada peralatan yang terpaksa dibayar oleh PAS untuk bertanding dengan parti itu mengenakan bayaran RM1,200 untuk setiap unit peti undi.

0 Ulasan