Tian Chua diarah keluar Suria KLCC sebab bawa kayu panjang

 

Pengurusan Suria KLCC menjelaskan, insiden kekecohan berlaku kelmarin apabila seorang lelaki diminta untuk tidak membawa masuk sebatang kayu panjang ke dalam pusat beli-belah. 

Katanya, tindakan itu adalah selaras dengan prosedur keselamatan yang melarang barangan yang berpotensi mendatangkan risiko keselamatan atau mengganggu keselesaan para pengunjung.

Pengurusan Suria KLCC turut menegaskan bahawa ia adalah langkah keselamatan piawai yang dikenakan kepada semua pengunjung.

"Kami ingin meyakinkan orang ramai bahawa tindakan kami tidak didasari oleh sebarang pendirian politik.

"Keselamatan dan kesejahteraan komuniti sentiasa menjadi keutamaan kami. 

"Justeru, kami amat menghargai kerjasama serta pemahaman orang ramai dalam usaha kami untuk mengekalkan persekitaran yang selamat dan teratur untuk semua," katanya dalam kenyataan media semalam.

Baru-baru ini, tular rakaman video memaparkan aktivis kemanusiaan yang juga bekas Ahli Parlimen Batu, Tian Chua diarahkan keluar oleh anggota keselamatan pusat beli-belah Suria KLCC.

Tian Chua bersama beberapa individu lain dipercayai masuk ke dalam pusat beli-belah berkenaan selepas selesai menyertai perhimpunan aman solidariti Palestin di sekitar Kuala Lumpur kelmarin.

BACA LAGI



Catat Ulasan

0 Ulasan