Pembangkang ada penyakit suka petik sumber berita tak sahih - Puad

 

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi menyifatkan tindakan pembangkang yang gemar menggunakan sumber berita tidak sahih di Parlimen sebagai satu penyakit.

Menurut beliau, tindakan itu semakin ketara apabila dua ahli Parlimen pembangkang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan Datuk Seri Shahidan Kassim memetik kenyataan seorang bekas jeneral Thailand yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat dan pengintip.

“Penyakit pembangkang di Malaysia, suka guna bahan berita dari sumber tidak credible untuk disensasikan di Parlimen. 

"Terbaharu apabila Wan Ahmad Fayhsal dan Shahidan menggunakan komen ‘bekas’ jeneral Thailand bersara yang menuduh PMX pengkhianat dan pengintip,” katanya dalam hantaran Facebook semalam.

Mohd. Puad menjelaskan, Jeneral (B) Rangsi Kitiyansap tidak mempunyai kredibiliti diplomatik kerana sekadar bekas pegawai tentera yang turut pernah berkhidmat di sebuah stesen radio dan televisyen.

“Dia ahli parti pembangkang yang tidak menang satu kerusi pun di Parlimen,” katanya lagi.

Mohd. Puad turut menyamakan tindakan mempercayai dakwaan Rangsi dengan mempercayai kenyataan Prof. Dr. Solehah Yaacob yang pernah mendakwa isteri Rasulullah SAW berasal dari kepulauan Melayu dan pelayar Rom belajar membuat kapal daripada orang Melayu.

Tambah beliau, di Malaysia sendiri terdapat bekas jeneral yang gagal memahami bahasa Inggeris asas, apatah lagi bahasa Siam.

BACA LAGI 








Catat Ulasan

0 Ulasan