RTM henti siaran animasi Santiago of the Seas

 

RTM menghentikan siaran siri animasi Santiago of the Seas bagi membolehkan penelitian semula terhadap keseluruhan kandungan program berkenaan.

Langkah itu diambil selepas menerima beberapa pandangan penonton terhadap episod 22 yang disiarkan di TV2 pada 16 November lalu  meskipun semakan awal tidak menemui elemen hubungan sejenis dalam episod tersebut.

Jabatan Penyiaran berkata, berdasarkan laporan Penilaian Kandungan dan semakan yang telah dilaksanakan, tiada perlakuan atau kemesraan yang menggambarkan hubungan pasangan sejenis, mahupun sebarang elemen yang menjurus ke arah itu.

“Namun, bagi memastikan tiada elemen yang boleh menimbulkan keraguan atau sensitiviti masyarakat, RTM telah menghentikan siaran animasi berkenaan untuk membuat penelitian keseluruhan kandungan siri tersebut.”

RTM menegaskan komitmen memastikan semua kandungan siaran mematuhi etika penyiaran serta tidak menimbulkan ketidaksenangan mana-mana pihak. 

Jabatan itu turut memohon kerjasama orang ramai supaya tidak menimbulkan spekulasi dan merujuk terus kepada RTM bagi mendapatkan maklumat lanjut.

BACA LAGI 







Catat Ulasan

0 Ulasan