Ahli MKT UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi percaya bahawa MIC sebenarnya berada di empat persimpangan.
Pertama, menurut beliau, parti itu sudah memohon untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) semula.
"Kedua, Perhimpunan Agung MIC juga sebulat suara setuju MIC keluar BN. Ketiga buat pusingan U kekal dalam BN.
"Keempat menunggu peluang sertai Pakatan Harapan (PH). Itu sebab masih teragak-agak buat keputusan. Semuanya itu ikut cita rasa Presiden MIC," katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

0 Ulasan