Pergerakan Pemuda Pusat Parti Gagasan Rakyat Sabah menolak cadangan penyertaan Barisan Nasional (BN) dalam Kerajaan Negeri Sabah yang diterajui oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.
Katanya, GRS telah membentuk kerajaan negeri dengan majoriti yang mencukupi iaitu 29 kerusi GRS, 5 kerusi PBS, 1 kerusi UPKO, 3 kerusi KDM dan 2 kerusi Bebas yang menyokong GRS, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 42 kerusi.
Tambahnya, penyertaan BN dalam kerajaan negeri dilihat tidak perlu dan boleh menjejaskan kestabilan politik yang sedia ada.
"Pemuda Gagasan Rakyat berpendapat bahawa komposisi kerajaan negeri yang ada sekarang sudah memadai dan penyertaan BN hanya akan menimbulkan ketidakstabilan.
"Penyertaan BN akan mencetuskan pelbagai persepsi negatif dalam kalangan rakyat terhadap kerajaan negeri yang sedia ada," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Pemuda Gagasan Rakyat menegaskan bahawa kestabilan politik negeri Sabah perlu dikekalkan demi kelangsungan pembangunan dan kesejahteraan rakyat.
Sehuungan itu, Pemuda Gagasan Rakyat menyeru kepimpinan GRS agar mengekalkan komposisi kerajaan negeri yang sedia ada tanpa penyertaan BN.
"Pemuda Gagasan Rakyat akan terus menyokong kepimpinan Hajiji dalam menerajui kerajaan negeri Sabah yang stabil dan berwibawa," jelasnya.

0 Ulasan