Shafie nafi Warisan cuba beli ADUN

 

Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal menolak sekeras-kerasnya dakwaan bahawa parti itu sedang berusaha membeli atau memujuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Beliau menegaskan komitmen Warisan sentiasa berlandaskan integriti serta kepimpinan yang mesti diperoleh melalui kepercayaan rakyat.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa Warisan sedang berusaha membeli atau memujuk ADUN.
Kepercayaan anda amat kami hargai dan amanah itu kami pikul dengan penuh rendah hati serta penghormatan.
Warisan menghormati mandat rakyat dan proses demokrasi yang menjadi asas pentadbiran negeri kita,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Shafie menambah, Warisan akan terus melaksanakan peranan yang diamanahkan dengan penuh maruah, konsisten dan dengan iltizam tidak berbelah bahagi untuk berkhidmat kepada rakyat Sabah.

Terdahulu tular khabar angin mendakwa Warisan telah mengadakan pertemuan dengan beberapa ADUN.

BACA LAGI 







Catat Ulasan

0 Ulasan