Mahfuz bengang pembangkang tak sokong usul had 10 tahun jawatan PM

 

Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar melahirkan rasa amat kecewa dan kesal apabila usul pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri gagal memperoleh majoriti dua pertiga, hanya kekurangan dua undi.

Lebih mendukacitakan, menurut beliau, usul itu bukan sekadar agenda politik mana-mana parti malah, ia adalah sebahagian daripada agenda reformasi institusi yang telah dizahirkan sebagai keperluan negara, termasuk dalam titah rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim semasa pembukaan Parlimen, yang mengalu-alukan usaha memperkukuh reformasi institusi termasuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri.

Namun, kata Mahfuz, usul itu ditolak ekoran politik sempit pembangkang.

"Apabila reformasi yang disokong dalam titah diraja ini gagal hanya kerana dua undi, persoalan besar timbul:

Adakah kita benar-benar serius mahu melakukan pembaharuan?

Atau kita sekadar selesa dengan retorik perubahan tanpa keberanian melaksanakannya?" katanya dalam kenyataan media pada 3 Mac 2026.

Beliau berkata, had tempoh jawatan Perdana Menteri bukan soal individu dan bukan serangan kepada sesiapa. 

Kata Mahfuz, ia adalah mekanisme demokrasi untuk:

• Mengelakkan penumpuan kuasa berpanjangan

• Memastikan peredaran kepimpinan yang sihat

• Mengukuhkan semak dan imbang

• Menghalang budaya patronage dan politik berkepentingan.

"Menolak reformasi ini dengan alasan remeh atau memilih untuk tidak hadir dalam pengundian bersejarah adalah satu kegagalan moral terhadap amanah rakyat.

"Ahli Parlimen dipilih untuk hadir dan membuat keputusan dalam detik penting negara, bukan untuk berdiam diri ketika masa depan institusi dipertaruhkan.

"Sejarah akan mencatat bahawa negara hampir melangkah ke hadapan, tetapi digagalkan oleh sikap politik sempit dan kurangnya komitmen terhadap reformasi," katanya.

BACA LAGI






Catat Ulasan

0 Ulasan