Usah diturut hawa nafsu tamak haloba

(Gambar: Pixabay / Pexel)


Setelah seharian berpuasa, kita rasa sangat dahaga. Tekak kering, tubuh lesu tidak bermaya.

Kalau boleh, selautan air mahu diteguk untuk menghilangkan haus.

Kalau boleh, air balang yang dijual di bazar Ramadan mahu diborong semuanya.




Sedangkan segelas air sejuk pun sudah memadai untuk membasahkan tekak sewaktu berbuka.

Paling banyak pun dua gelas. Kalau lagi banyak, nanti perut kembung air pula.

Usah diturut hawa nafsu yang tamak haloba sedangkan yang kita benar-benar perlukan cuma sedikit sahaja.

- Tukang Tulis


Catat Ulasan

0 Ulasan