Gambar: Facebook |
Sekali lagi, Tun Dr Mahathir Mohamad menggores perasaan orang Melayu.
Kali ini beliau menuduh orang Melayu sebagai bacul kerana terlalu takutkan DAP.
Bapa kepada Datuk Seri Mukhriz yang tumbang kali kedua di Kedah itu turut mempersoalkan keberanian pemuda-pemuda Melayu.
Tun Mahathir bertanya sama ada mereka bacul kerana menyokong dan mencari perlindungan daripada Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kenyataan Tun Mahathir: DAP HANCUR MELAYU
Entah apa punca yang mendorong Tun Mahathir berbuat demikian.
Mungkin kerana beliau sangat bersedih apabila anak kesayangannya hilang jawatan Menteri Besar akibat permainan licik orang Melayu PKR yang bersekutu dengannya dalam Pakatan Harapan (PH).
Mungkin juga kerana perancangannya bersama DAP dan PKR untuk menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak mendapat sokongan orang Melayu.
Kami tidak bacul Tun dan kami tidak mudah lupa betapa terseksanya jiwa raga kami semasa rejim PH yang didominasi DAP berkuasa dahulu.
Taktik Kotor RBA, Rakyat Mesti Tahu!
Selama 22 bulan mereka melukakan hati kami dan menganggap orang Melayu seperti anak-anak hingusan yang tidak mengerti apa-apa.
Isu pengiktirafan UEC, sekolah kebangsaan dianaktirikan, pengganas komunis yang kejam mahu diangkat sebagai pejuang kemerdekaan, menghapuskan GST yang bertujuan menguntungkan kroni-kroni mereka dan bantahan terhadap tulisan jawi dalam buku teks sekolah.
Itu belum dicampur lagi dengan tuntutan-tuntutan melampau oleh aktivis-aktivis berfikiran sempit yang memihak kepada DAP.
Mereka mahu golongan LGBT yang dilaknat Allah diberi penghormatan sewajarnya dan identiti bangsa dan agama dalam MyKad dibuang.
Penyokong DAP yang kaya-raya juga menghina pasukan keselamatan negara yang didakwa hanya tahu makan tidur sahaja.
Penyokong PH Kini Membenci Tun Mahathir, Anwar & Syed Saddiq
Harta-harta milik bumiputera dan orang Islam yang berkembang di bawah kecekapan pentadbiran Barisan Nasional (BN) sejak merdeka diperlakukan seperti harta rampasan perang.
Habis semua hendak dilelong atas alasan rejim PH terpaksa menanggung kerugian sekiranya aset-aset tersebut tidak dijual.
Terlalu banyak kebiadaban DAP dan konco-konconya yang angkuh dan bongkak untuk disenaraikan di sini.
Kalau diperincikan semuanya di atas kertas kajang, mungkin habis satu rim.
Kami sangat kecewa apabila pemimpin-pemimpin Melayu dalam rejim PH hanya berdiam diri apabila DAP berlagak seperti tuan besar terhadap orang Melayu dan umat Islam.
Ayuh! Tandatangan Petisyen Desak Lim Kit Siang Letak Jawatan
Semua yang keluar dari mulut mereka mesti dipatuhi, tak boleh dibantah langsung.
Sejak dari hari pertama rejim PH berkuasa, yang selalu keluar dari mulut pemimpin-pemimpin Melayu rejim PH adalah bila Tun nak serahkan jawatan PM kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kami semua naik jemu dan mual Tun dengan sikap golongan yang tamak kuasa ini.
Mungkin Tun tidak sedar bahawa kami pada mulanya akur dengan hakikat bahawa rejim PH memenangi PRU-14 dan mereka perlu diberi peluang mentadbir negara sehingga PRU-15.
Kami cuma mahu negara yang tercinta ini dalam keadaan aman dan stabil supaya pertumbuhan ekonomi yang rancak sejak zaman BN dapat diteruskan.
Malangnya, kepercayaan yang diberikan itu bukan sahaja tidak dihargai malah kami orang Melayu menanggung derita yang bukan alang kepalang.
Arkib CIA: UMNO dan Gerakan Berhaluan Kiri Malaya
Penjawat awam lantikan kontrak yang majoritinya orang Melayu beragama Islam ditamatkan perkhidmatan secara beramai-ramai dalam bulan Ramadan.
Utusan Melayu terus diboikot oleh rejim PH sehingga menyebabkan jualannya merudum dan akhirnya terpaksa gulung tikar.
Walhal, akhbar-akhbar terbitan Utusan Melayu mula mengamalkan dasar berkecuali dalam politik selepas PRU-14.
Pendirian politik Utusan Melayu mula bersifat terbuka setelah UMNO telah berlepas tangan terhadap agensi media suara keramat bangsa itu.
Malah, ada pihak yang menuduh Utusan Melayu bersikap mesra rejim PH lebih-lebih lagi semasa membuat liputan PRK Parlimen Port Dickson yang menyaksikan Anwar beroleh tapak untuk memulakan gerakan menuntut jawatan Perdana Menteri.
Awas! Anasir RBA Mula Sabotaj Kumpulan Facebook Pro-PN
Syukur alhamdulillah kerana doa kami agar mereka yang menganiayai dan menzalimi kami diberikan petunjuk dan hidayah oleh Allah SWT telah dimakbulkan.
Sebab itulah kami semua mengetepikan perbezaan fahaman politik untuk menyokong Perikatan Nasional.
Kami semua berkongsi matlamat yang sama iaitu memastikan DAP atau Anwar yang menjadi bonekanya tidak akan memerintah negara sekali lagi.
Tun juga gagal mengawal DAP, tidak seperti dahulu ketika Tun menjadi Perdana Menteri keempat selama 22 tahun.
Ketika itu, Tun kuat sebab ada UMNO di belakang sedangkan Bersatu yang Tun masih pengerusikan setakat ini dianggotai oleh pemimpin-pemimpin yang lemah dan tidak berpengalaman.
15 Cabaran UMNO Menjelang PRU-15
Setelah melihat kegagalan pemimpin-pemimpin Melayu rejim PH mengawal kebiadaban DAP, kami bangkit melalui gerakan yang dilancarkan termasuk dalam media sosial untuk menyedarkan rakyat tentang sikap buruk parti cauvinis itu.
Kami sebenarnya menyasarkan rejim PH akan tumbang pada PRU-15 tetapi takdir Allah SWT mengatasi segala perancangan manusia.
Rejim PH tersungkur sebelum sempat menyambut ulang tahun keduanya menjahanamkan Malaysia.
Sesungguhnya Tun, kami orang Melayu tidak bacul. Sebab itulah kami bangkit melawan DAP.
Yang bacul adalah pemimpin-pemimpin Melayu rejim PH yang sanggup menikuskan diri melihat DAP menindas bangsa sendiri.
Maafkan saya Tun sekiranya ada terkasar bahasa dan tersinggung perasaan.
Jangan Benci Rohingya Yang Jadi Mangsa Kezaliman - Tun Mahathir
Tiada Kesalahan Jenayah Dilakukan Fuziah - Ngeh Koo Ham

0 Ulasan