Awas! Anasir RBA Mula Sabotaj Kumpulan Facebook Pro-PN


Selepas rejim Pakatan Harapan (PH) tumbang selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, anasir-anasir Red Bean Army (RBA) mula menyusup ke dalam kumpulan-kumpulan Facebook yang prokerajaan.

Secara perlahan-lahan mereka cuba menghasut ahli-ahli kumpulan supaya membenci kerajaan atau pemimpin-pemimpin parti yang bersekutu dalam Perikatan Nasional (PN).

Misalnya, dalam kumpulan Facebook Tan Sri Muhyiddin Yassin ada netizen yang mempersoalkan tentang keupayaan sistem pertahanan negara yang didakwa gagal mengekang pencerobohan bot pelarian Rohingya ke perairan negara.

Mereka juga membantah cadangan agar kerajaan membenarkan pengeluaran sebahagian wang dari Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membantu pencarum-pencarum yang terjejas akibat penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sudah tentu RBA menjadi cacing kepanasan kerana langkah itu telah melonjakkan reputasi Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang prihatin terhadap keluh-kesah rakyat.

Cara mereka komen pun agak lain macam dan tidak mencerminkan keperibadian seseorang yang beragama Islam.

Anasir-anasir RBA yang berselindung di sebalik identiti Melayu dan Islam lazimnya memaki hamun, mencarut atau memaparkan gambar berunsur lucah jika status yang dimuat naik dalam kumpulan-kumpulan FB prokerajaan tidak selari dengan pendapat mereka.

Agak pelik bila terdapat ahli-ahli dalam kumpulan FB yang pro-PAS dan UMNO memberi komen berunsur mencarut dalam bulan Ramadan.

Orang Islam yang benar-benar ingin menjaga kesucian Ramadan pasti tidak akan bersikap sejelik itu, kecuali dia adalah anasir RBA yang menyamar.

Mungkin niatnya ingin memesongkan persepsi seolah-olah penyokong PAS dan UMNO kelihatan tidak beradab.


Jumlah anasir RBA ini sebenarnya tidak ramai, cuma beberapa kerat sahaja tetapi mereka menggunakan beberapa akaun palsu yang berbeza. 

Mula-mula mereka akan memuat naik status yang tidak terlalu provokatif, contohnya video atau kenyataan lama pemimpin UMNO mengkritik PAS atau sebaliknya sebelum kedua-dua parti terbesar orang Melayu dan umat Islam itu bekerjasama di bawah kerangka Muafakat Nasional.

Bila strategi itu tidak berkesan, juak-juak RBA beralih taktik menggunakan isu Rohingya yang dikatakan boleh menimbulkan ancaman terhadap rakyat tempatan khususnya orang Melayu.

Bagi melenyapkan isu kemasukan warga China, mereka mengitar semula gambar MyKad seorang lelaki berketurunan India tetapi menggunakan nama Cina.

Tiada Kesalahan Jenayah Dilakukan Fuziah - Ngeh Koo Ham

Konon-kononnya lelaki itu orang Rohingya yang telah menerima taraf warganegara.

Hakikatnya, berita palsu tersebut pernah dicanangkan oleh RBA pada tahun 2017 bagi menghasut rakyat mempercayai dakwaan karut Barisan Nasional (BN) memberi kerakyatan kepada warga Bangladesh agar mereka dapat mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Netizen yang tidak mengamalkan pendekatan tabayyun pula bersikap terburu-buru menularkan fitnah lelaki Rohingya diberi Mykad tanpa menyemak kesahihannya terlebih dahulu.

Walaupun status tersebut telah dipadamkan, kerosakan tetap berlaku kerana ada netizen yang membuat tangkap layar dan kemudian menularkannya.

Najib Nafi Rosmah Terima Bantuan Prihatin Nasional RM800

Dalam hal ini, adalah penting bagi penyokong-penyokong PN bersikap rasional dan tenang dalam memperjuangkan sesuatu isu agar tidak terikut-ikut dengan rentak permainan kotor RBA.

Tabiat menularkan berita palsu akan memudaratkan diri sendiri sekiranya pihak berkuasa mengambil tindakan.

Memanglah Akta Antiberita Tidak Benar 2018 telah dimansuhkan oleh rejim PH tetapi masih ada peruntukan undang-undang di bawah Kanun Keseksaan serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk membanteras kegiatan menyebarkan berita palsu.

Lebih malang lagi jika individu yang menyebarkan berita palsu itu menggunakan akaun media sosial menggunakan identiti sebenar sedangkan sumbernya adalah akaun palsu yang diwujudkan oleh anggota-anggota RBA.

Yang akan disiasat dan didakwa sudah tentulah individu yang menggunakan identiti sebenar sedangkan dalang sebenar iaitu anggota RBA masih bebas menyebarkan berita palsu dan fitnah sambil makan kacang di depan komputer atau telefon pintarnya.

Harap semua penyokong PN mengikut saranan pemimpin-pemimpin kerajaan serta parti agar mereka bertenang dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menangani isu pelarian Rohingya dan dakwaan sindiket MyKad palsu.


Fuziah Minta Media Berhenti Besarkan Isu Berita Palsu, Tunggu Siasatan Selesai

Tiada Insiden Rempuhan Di Bangunan Sultan Iskandar, Johor

Presiden MERHROM Zafar Ahmad Abdul Ghani Nafi 5 Tuduhan Palsu

Agenda Jahat RBA Di Sebalik Gerakan Anti-Rohingya

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Salam di sini sy ingin bertanya bagaimna kah cara nya utk sy nk pasti kn yg mna palsu dn yg benar dlm isu sosial media dlm fb ini..harap maklum sekian terima kasih..ingin tahu sja...

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1. Dapatkan maklumat dari sumber yang sahih. Contohnya media atau dari agensi kerajaan.

      2. Kalau terlalu banyak tokok-tambah, biasanya palsu.

      3. Tak logik bila orang Rohingya yang tak fasih bahasa Melayu boleh menulis dalam bahasa ringkas.

      4. Buat carian dalam internet untuk menyemak sama ada maklumat yang ditularkan itu sahih atau tidak. Biasanya, RBA akan kitar semula isu lama dan diputarbelitkan untuk mengelirukan rakyat.

      Padam