DAPSY jangan jadi anjing menyalak bukit - Akmal

 

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh berkata, DAPSY mungkin terlupa bahawa tanpa sokongan Barisan Nasional (BN), belum tentu mereka mampu membentuk kerajaan hari ini.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan DAPSY jangan sembang soal “kacang lupakan kulit”, kerana hakikatnya semua pihak tahu siapa yang membantu memastikan kestabilan politik selepas PRU lalu.

"DAPSY pun jangan cakap sahaja di media sosial, buktikan syor DAPSY supaya Parlimen dibubarkan segera disambut oleh pemimpin kalian.  

"Bukan setakat bubar Parlimen sahaja, malah tarik juga sokongan daripada kerajaan negeri yang dibentuk bersama BN hari ini.

"Tarik sokongan di Perak. Tarik sokongan di Pahang. Kita lawan secara gentleman dan serah kembali mandat kepada rakyat.

"Tak perlulah meroyan bila UMNO Johor bercakap soal bergerak solo. Sejak awal tidak pernah wujud sebarang perjanjian bahawa BN wajib menghadapi PRN atau PRU bersama PH," katanya dalam hantaran Facebook pada 28 Mei 2026.

Dr. Akmal mengingatkan DAPSY sekali lagi kerana mereka mungkin terlupa bahawa kerajaan yang dibentuk hari ini adalah demi kestabilan negara atas titah Yang di-Pertuan Agong ketika tiada gabungan mempunyai majoriti mudah.

"Itu pun hari ini ada geng kamu yang kurang ajar kata titah Tuanku Sultan tidak perlu dituruti bila dah berkuasa. Itu realitinya.

"Jadi DAPSY, jangan nampak menggelabah sangat lah bila UMNO nak pergi solo, kerana itulah cadangan Pemuda kepada pemimpin kami sejak dari tahun lepas lagi dan pemimpin kami mendengar suara kami dan kita akan mulakan di Johor. 

"Tetapi tidak tahu lah kalau pemimpin DAP mendengar atau tidak suara DAPSY, jangan jadi seperti anjing menyalak bukit sahaja.

"Oh ya, kita cabar pemimpin DAP untuk keluar dari kerajaan negeri Melaka sehingga hari ini pun tidak berani, lagi nak sembang ke? 

"Sekurangnya aku berani hantar surat peletakan jawatan, bukan satu tapi dua surat telah dihantar. Kamu?? Sembang jelah.

"Kalau benar mahu menguji kekuatan, kita buka gelanggang. Bring it on!" tegasnya.

BACA LAGI






Catat Ulasan

0 Ulasan