PAS akan sepak Bersatu daripada PN - Puad

 


Ahli MKT UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, antara punca hubungan Bersatu dan PAS tegang adalah kerana Bersatu mahu menjadi dominan dalam PN

Menurut beliau, Bersatu percaya parti itu lebih layak pegang jawatan penting seperti Perdana Menteri

Katanya, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga percaya beliau lebih sesuai memimpin PN kerana faktor parti komponen bukan Melayu.

"Tetapi Bersatu lupa, parti itu banyak menumpang kekuatan PAS. Apatah lagi PAS adalah parti akar umbi. Parti itu lahir kerana ideologi Islam yang mereka bawa. 

"Sedangkan Bersatu bukan lahir dari akar umbi. 80% ahlinya berasal dari UMNO. Tujuan asalnya ialah untuk menguburkan UMNO dan Bersatu sebagai ganti. 

"Tetapi matlamat itu gagal. Maka ada yang beranggapan perjuangan Bersatu telah berakhir.

"Sebab itu Bersatu terus berpecah. Dalam masa singkat ia melahirkan tiga parti serpihan iaitu Pejuang, Muda dan tidak lama lagi parti baru di bawah Hamzah

"Ada kemungkinan PRU-16, berlaku perlawanan antara IPR (Muhyiddin) lawan PN (Dr Sam). PAS akan sepak Bersatu daripada PN. Maka lebih baik Bersatu rela hati keluar daripada PN," katanya dalam hantaran Facebook pada 28 Mei 2026.

BACA LAGI






Catat Ulasan

0 Ulasan