UPKO mahu jadi parti komponen GRS

 

Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) telah mengemukakan permohonan untuk menjadi parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS). 

Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick, mengetuai delegasi parti untuk bertemu dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, yang juga merupakan Pengerusi GRS, bagi menyampaikan permohonan tersebut.

UPKO menegaskan hasrat untuk menyumbang kepada penyatuan dan kerjasama parti-parti tempatan Sabah, memperkukuh usaha membangunkan masa depan Sabah, serta memperjuangkan hak-hak dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Wawasan Sabah First yang diperjuangkan oleh UPKO adalah bersesuaian dengan perjuangan GRS melalui Halatuju Sabah Maju Jaya 2.0 yang mesti diperkukuh melalui kerjasama lebih erat dan penyatuan parti-parti tempatan Sabah,” katanya dalam kenyataan media pada 29 Mei 2026.

Mesyuarat Majlis Tertinggi UPKO pada 25 Mei yang lepas sebulat suara bersetuju memohon menjadi parti komponen GRS.

BACA LAGI






Catat Ulasan

0 Ulasan