Ahli MKT UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi tidak menyangka DAP menggunakan jawatan GLC untuk berjual beli politik.
Menurut beliau, perkara itu terdedah apabila ADUN Skudai, Marina Ibrahim menolak tawaran tersebut asalkan bersetuju bertanding di DUN Tiram.
Mohd. Puad berkata, DAP sering mengecam pihak lain kerana membuat lantikan politik di GLC kerana pada DAP tindakan itu tidak beretika, tidak profesional dan tidak reformis.
"Tapi DAP lagi teruk. Tawaran dibuat sebelum menang pilihan raya. Lainlah sikit jika dilantik selepas pilihan raya untuk mengiktiraf kedudukannya sebagai YB kerana tidak dilantik Exco atau Menteri.
"Janji Teo Nie Ching itu membuktikan DAP ada pengaruh besar terhadap PMX. Itu belum cakap pasal Selangor dan Pulau Pinang.
"Justeru kita cabar DAP, dedahkan YB dan pemimpin DAP yang bukan YB tetapi pegang jawatan GLC pusat dan negeri," katanya dalam hantaran Facebook pada 1 Jun 2026.

0 Ulasan