Tiada Insiden Rempuhan Di Bangunan Sultan Iskandar, Johor



Semalam, tular dalam media sosial kononnya berlaku insiden rempuhan melibatkan sekumpulan rakyat Malaysia di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru, Johor.

Walau bagaimanapun, maklumat yang ditularkan bersama video berkenaan adalah tidak benar.

Seperti yang dijelaskan oleh Ketua Pengarah Imigresen, Dato' Indera Khairul Dzaimee Daud, video berkenaan adalah suasana ketika latihan kebakaran di BSI pada 18 Disember 2019.

"JIM mengambil serius perbuatan penularan video berkenaan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab yang berniat untuk menimbulkan keresahan dikalangan masyarakat.

"Satu laporan polis akan dibuat oleh pihak JIM Johor," katanya dalam kenyataan media pada 10 April 2020.

Berikut adalah gambar-gambar yang menunjukkan keadaan sebenar di BSI sekitar lewat malam 9 April 2020.





Malangnya, ramai yang terpedaya dengan maklumat palsu itu dan menularkannya dalam Facebook termasuk Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.

Setelah menyedari kesilapan itu, pengendali laman Facebook Fuziah memadamkan status yang berbunyi: "Sedang berlaku di CIQ JB. Situasi diluar kawalan. Pekerja Malaysia di Singapore cuba balik ke Malaysia secara beramai2. Harap adalah hotel 5 bintang untuk quarantine mereka."

Kemudian, timbul pula status memohon maaf atas kesilapan itu sambil berharap berita palsu tersebut tidak mencetuskan panik.


Sebagai seorang bekas Timbalan Menteri, Fuziah sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat dengan tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih dalam media sosial.


Catat Ulasan

0 Ulasan