Dalam media sosial, para netizen sedang hangat membincangkan tentang dua kes berkaitan tuduhan menghina pihak berkuasa yang dihadapkan ke mahkamah.
Ramai yang tidak berpuas hati mengapa seorang tertuduh dipenjarakan manakala tertuduh yang lain dibebaskan dengan jaminan.
Mungkin mereka kurang memahami tentang kes tersebut gara-gara hanya membaca tajuk berita-berita yang disiarkan tanpa memahami situasi sebenar yang berlaku.
Pengurus jualan mengaku tidak bersalah maki polis
Permohonan tangguh hukuman penjara pembantu kedai ditolak
Berikut adalah gambaran jelas yang diberikan oleh seorang peguam, Opat Rattanachot berkaitan dua kes berkenaan:
A umur 21 tahun, dia menulis satu posting berbaur penghinaan di FB terhadap pihak berkuasa. A didakwa di Mahkamah Sesyen, A mengaku salah. A didenda RM10,000 atau penjara 3 bulan. A tak ada duit bayar denda, dia dipenjarakan 3 bulan.
B umur 44 tahun, dia melemparkan kata-kata penghinaan semasa sekatan jalan raya oleh anggota pihak berkuasa. B didakwa di Mahkamah Majistret, B mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan. B dibebaskan dengan jaminan. B bayar jaminan RM4,000.
Netizen F : ini tak adil, A kena penjara sedangkan B dibebaskan. (lain-lain komen) + @$€¥&¥£√√πβαα¤|~>><...............
Ulasan:
1) Netizen tak baca bagi penuh cerita. Hanya baca tajuk dan terus komen.
2) Netizen tak faham 'nature' kesalahan itu berbeza. Walaupun tajuk besarnya penghinaan, A lakukan perbuatannya di FB, B pula lakukan secara berdepan-depan.
3) Bila nature kesalahan berbeza, undang-undang yang digunakan untuk menuduh A dan B pun akan berbeza. A dipertuduh bawah Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).
Sementara B dipertuduh bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan (kerana menghalang tugas penjawat awam) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 (mengeluarkan kata-kata tidak sopan terhadap penjawat awam).
4) Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 - memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga 1 tahun atau kedua-duanya.
5) Seksyen 186 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 2 tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya. Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100.
6) Bila tertuduh disabitkan kesalahan atau mengaku salah, maka hukuman akan dijatuhkan adalah menurut peruntukan undang-undang yang dibuat semasa pertuduhan. Hukuman mesti dijatuhkan menurut undang-undang, bermaksud tak boleh lebih daripada yang telah diperuntukkan itu.
7) A mengaku bersalah, maka dia dijatuhkan hukuman menurut undang-undang.
8) B mengaku tidak bersalah dan dia dikenakan jaminan oleh mahkamah + dibebaskan sementara menanti kes dibicarakan nanti. Buat masa ini dia belum dikenakan sebarang hukuman kerana prinsipnya adalah, seseorang itu dianggap tidak bersalah sehinggalah dia dibuktikan(atau mengaku bersalah). Nanti jika dia disabitkan kesalahan, maka hukuman akan dijatuhkan menurut undang-undang. Adalah menjadi kuasa budi bicara dan kuasa sedia ada mahkamah untuk menentukan hukuman, selepas menimbang faktor-faktor pemberat, penimbang, mitigasi dsb.
9) Netizen mungkin persoalkan kenapa pihak pendakwa gunakan undang-undang berbeza untuk mendakwa A dan B, sedangkan ia melibatkan tajuk sama iaitu penghinaan? Jawapan seperti diperjelas di atas. 'Nature' kesalahan berbeza. Selain itu, adalah menjadi kuasa budi bicara Peguam Negara (Pendakwa Raya) untuk menentukan sama ada seseorang itu dipertuduh di bawah mana-mana seksyen. Budi bicara ini tidak boleh dipersoalkan atau dicabar di mahkamah kerana ia termaktub dalam Artikel 145(3) Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi negara.
*Dalam tempoh PKP ni, sudah tentu banyak masa terluang. Oleh itu, wajarlah guna masa untuk meningkatkan pembacaan dan pemahaman. Lebih elok membaca dan menyelidik daripada membawang tak tentu hala. Sekian.
PGSM Lancar Program Konsultasi Guaman Syariah Dalam Talian
Lebih 3500 Peguam Syarie Terjejas Akibat Pandemik COVID-19
PGSM Lancar Program Konsultasi Guaman Syariah Dalam Talian
Lebih 3500 Peguam Syarie Terjejas Akibat Pandemik COVID-19
0 Ulasan