Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
"Saya difahamkan ada percubaan untuk menyerang saya dengan perkara yang boleh merosakkan imej kerajaan Madani.
"Justeru saya mengambil keputusan untuk mempertahankan diri saya daripada serangan ini.
"Saya juga pagi tadi telah menyerahkan surat peletakan jawatan saya kepada YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada YAB PM di atas kepercayaan yang diberikan kepada saya," katanya dalam hantaran X hari ini.
Baru-baru ini, Shamsul Iskandar terpalit dengan kontroversi berhubung surat sokongannya terhadap kontraktor bagi projek Kementerian Kesihatan.
Anwar menyatakan beliau telah memberi teguran keras terhadap Shamsul Iskandar.
Walau bagaimanapun, bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Rafizi Ramli berpandangan, teguran keras itu tidak memadai.
Ahli Parlimen Pandan itu mahu Shamsul Iskandar dipecat atau dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

0 Ulasan