Rafizi jauh lebih berprinsip daripada Aliakbar - Puad

 

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi menyifatkan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli jauh lebih berprinsip berbanding calon PAS bagi kerusi DUN Karambunai, Dr. Aliakbar Gulasan.

Mohd Zarkashi, yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, berkata demikian merujuk kepada ceramah Aliakbar pada 27 Julai lalu yang tular, di mana beliau menjelaskan sebab tidak meletakkan jawatan ADUN Dilantik yang diberikan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor.

Beliau berkata, tindakan Aliakbar mengekalkan jawatan lantikan individu yang dituduh mengkhianati Perikatan Nasional (PN) oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mencacatkan imej gabungan itu.

"Rakyat tidak kata kamu pengkhianat. Tetapi kamu tidak berprinsip. Kamu pentingkan jawatan ADUN dilantik. Padahal kamu bukannya dipilih oleh rakyat. Hajiji yang Muhyiddin tuduh sebagai pengkhianat PN lantik kamu.

"Tindakan Aliakbar menjadikan PN nampak hodoh dan tidak bermaruah. Semua 7 ahli parlimen Bersatu yang sokong PMX dipecat dan didesak kosongkan kerusi. 

"Sepatutnya PAS sebagai ahli PN buat perkara sama terhadap Aliakbar," katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Mohd. Puad turut memetik kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor semasa berkempen di Karambunai.

"Sanusi MB Kedah masa berkempen di Karambunai kata, kerajaan negeri hari ini yang baru bubar itu asalnya kerajaan PN. Tetapi lompat beramai-ramai jadi katak tubuh parti lain.

"Justeru Sanusi mendesak mereka itu ditolak. Mereka tidak ada pendirian. Masalahnya kenapa Aliakbar yang duduk belakang Sanusi tidak ditolak?

"Macam mana Aliakbar pertahankan Hajiji padahal Hajiji mengkhianati PN. Memang pelik. Sebab itu Rafizi jauh lebih berprinsip daripada Aliakbar," ujarnya.

Untuk rekod, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan telah meletak jawatan sebagai Menteri Ekonomi pada 17 Jun lalu selepas tewas dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR.

BACA LAGI






Catat Ulasan

0 Ulasan