Veteran UMNO Gesa KPJ Pecat Dr Musa Nordin

Dr Musa Nordin (kanan) bersama bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad,

Veteran UMNO mendesak pengurusan KPJ Healthcare Berhad KPJ supaya memecat Datuk Dr Musa Nordin kerana membuat serangan peribadi terhadap Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah baru-baru ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, perbuatan itu juga seolah-olah memperlekehkan usaha kerajaan memerangi COVID-19.

Menurut beliau, Dr Musa sepatutnya menyokong usaha kerajaan dan Kementerian Kesihatan yang berhempas pulas mengawal penularan virus berkenaan.

Malah, katanya, serangan terhadap Dr Noor Hisham seolah-olah menunjukkan Dr Musa tidak menghargai penat-lelah petugas barisan hadapan yang menyabung nyawa demi menyelamatkan pesakit.

"Dalam situasi genting seperti ini beliau tidak patut muncul sebagai seorang yang serba tahu sedangkan kepakarannya dalam bidang yang berlainan dari pakar-pakar dalam bidang penyakit berjangkit. 

"Malangnya kerana cemburu yang dipengaruhi oleh dendam politik maka beliau sanggup membelakangkan profesionnya sebagai seorang pengamal perubatan," katanya dalam kenyataan media hari ini.


Mustapha Yaakub

Sehubungan itu, Veterean UMNO mendesak supaya Dr Musa dipecat kerana beliau didakwa telah  mencemarkan kredibiliti KPJ yang terkenal dengan profesionalisme kakitangannya dalam perubatan.

"Dr Musa terbukti seorang doktor yang tidak profesional yang mengutamakan politik daripada profesion," jelasnya.


Lim Kit Siang Meroyan Teruk, Eloklah Tunaikan Janji Untuk Bersara

Bila Hati Tak Baik, Cakap Pun Merapu

Catat Ulasan

0 Ulasan