Bila Hati Tak Baik, Cakap Pun Merapu



Baru-baru ini tular dalam media sosial tentang dakwaan seorang lelaki yang dipercayai penyokong Pakatan Harapan di Negeri Sembilan berhubung pengagihan bantuan Covid-19 di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Barisan Nasional (BN).

Tanpa soal selidik, dia seolah-olah menuduh wakil-wakil rakyat UMNO tidak menyalurkan peruntukan yang disalurkan kerajaan Negeri Sembilan kepada rakyat yang memerlukan di kawasan masing-masing.

Malah, dia mendakwa pengagihan Covid-19 hanya berlaku di kawasan DUN yang dikuasai PKR sahaja.

Tidak diketahui apa niatnya menaburkan fitnah ketika negara sedang berusaha membanteras penularan Covid-19 ketika ini.

Tidak habis-habis berpolitik sehingga tergamak menulis perkara yang tidak benar.

Sebenarnya, sehingga kini, bantuan Covid-19 daripada kerajaan Negeri Sembilan masih belum diterima oleh ADUN-ADUN BN.

Namun, itu tidak bermakna wakil-wakil rakyat BN duduk diam sahaja menunggu bantuan yang dijanjikan kerajaan Negeri Sembilan tiba.

Rakyat yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan menerima bantuan yang bakal disalurkan menerusi peruntukan Parlimen.

Pada masa ini, penyelarasan sedang dilakukan terutamanya kepada mereka yang masih belum menerima sebarang bantuan.

Sepatutnya macai PH itu bertanya terlebih dahulu kepada kerajaan Negeri Sembilan mengapa bantuan Covid-19 ke kawasan DUN di bawah BN masih belum sampai?

Mungkin juga hatinya tidak baik dan selalu bersangka buruk terhadap orang lain.

Sebab itulah cakapnya pun merapu.




Catat Ulasan

0 Ulasan