Abdul Hadi Awang Dilantik Duta Khas Ke Asia Barat



PUTRAJAYA 2 APRIL 2020 - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas bertaraf menteri ke Asia Barat.

Pelantikan Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang itu diumumkan dalam kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Abdul Hadi merupakan bekas Naib Presiden Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia. 

Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu mulai 1999 hingga 2004.

Tokoh ulama itu merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah dan Ijazah Sarjana dalam bidang Sains Politik dari Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir.

Beliau pernah tersenarai sebagai antara 500 Muslim berpengaruh di dunia bagi kategori Pendakwah dan Pembimbing Rohani oleh The Royal Islamic Strategic Studies yang berpusat di Jordan pada 2016.

Tahniah kepada Datuk Seri Abdul Hadi atas pelantikan tersebut.

Semoga  Allah SWT mempermudahkan urusan beliau untuk melaknakan amanah yang diberikan oleh kerajaan Malaysia.

Bila Hati Tak Baik, Cakap Pun Merapu

ADUN Paya Rumput Kesal Difitnah Paksa Jawatankuasa Masjid Beri Wang Kepada Pegawai Khas


Catat Ulasan

0 Ulasan